Thursday, January 22, 2009

Hukum Isteri Meleteri Suami.....

Renung-renungkan dan selamat beramal…" Abang ni balik je kerja, tak nak langsung tolong saya siapkan kerja rumah. Baca suratkhabar, menghadap TV, itu jelah yang awak tahu. Kitakan sama-sama bekerja bang. Saya pun penat macam abang juga.Sekurang-kurangnya buatlah air kopi sendiri, bukannya susah pun. Tukarkan lampin anak ke, ringan sikit kerja saya ni. Nak masak lagi. Abang juga yang nak makan nanti... pot.. pet.. pot.. pet..... " leter Ina kepada suaminya sejurus kembali dari pejabat masing-masing. Kalaulah Ina tahu, betapa besar hukuman serta dosanya meleteri suami sendiri,sudah tentu dia tidak akan mengulangi perbuatannya itu. Lebih-lebih lagi, sekiranya Ina menghayati ganjaran pahala yang tidak ternilai kerana berbakti kepada suaminya. Dia tidak akan merasa susah mahupunpenat dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu. Dewasa ini boleh dikatakan fenomena isteri meleteri suami atau dalam kata lain tidak menghormati suami. Bagaikan sudah menjadi satu perkara lumrah bagi kebanyakkan pasangan, tanpa sedikitpun merasa bersalah melayani mereka seperti adik lelaki sahaja lagaknya. Apa yang lebih mendukacitakan, apabila ada di kalangan isteri yang menyifatkan menjaga peribadinya dengan bersikap sopan terhadap suami sebagai ketinggalan zaman. Keadaan ini juga akan menjadi model yang tidak baik kepada anak-anak yang mungkin diwarisi dari satu generasi ke satu generasi lain sehingga akhirnya menjadi satu budaya yang negatif. Banyak nas al-Quran, terutamanya hadis Nabi yang membincangkan tentang kewajipan isteri mentaati suami, selagi tidak diminta melakukan perbuatan maksiat. Sabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: " Jika sekiranya aku berhak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang yang lain, nescaya aku menyuruh para isteri sujud kepada suaminya. " Hadis tersebut menerangkan betapa kepatuhan isteri terhadap suami amat diutamakan demi kebaikan sesebuah institusi keluarga, sesuai kedudukannya sebagai pemimpin rumah tangga. Demikian juga halnya ketika junjungan besar Nabi Muhammad s. a. w. mikraj kelangit. Baginda telah dipersaksikan dengan neraka dan penghuninya yang kebanyakkannya terdiri daripada kaum wanita. Ali Karramallahu Wajhah berkata: " Aku masuk ke rumah Nabi beserta Fatimah,aku mendapati baginda sedang menangis tersedu-sedan ." Aku bertanya, " Ya Rasulullah, apa yang! membuat anda menangis? " Baginda menjawab, " Ya Ali, pada malam aku diangkat ke langit, aku melihat kaum perempuan daripada umat ku disiksa di neraka dengan bermacam-macam seksaan. Lalu aku menangis kerana begitu berat seksaan mereka yang aku lihat. "
MENGHERDIK Baginda antara lain melihat perempuan yang digantungkan dengan lidahnya, sedangkan air panas dituangkan ke dalam tenggoroknya kerana ia telah menyakitidan menyumpah-nyumpah suaminya. Ada isteri yang tergamak bercakap kasar malah mengherdik suaminya kerana tidak mendapat apa yang diminta seperti barang kemas, perabot rumah berupa set sofa dan TV rata 29 inci yang menjadi trend semasa. Lebih buruk lagi perangai si isteri apabila membanding-bandingkan suami dengan jiran tetangga yang mampu menyediakan barangan terbabit, sekali gus dilabelkan sebagai suami mithali. Bukan tidak boleh sama sekali meminta sesuatu daripada suami tetapi janganlah menggesa mereka menuruti kemahuan anda sehingga membebankan dirinya. Sebaliknya, isteri patut bersyukur kerana berpeluang meraih keredhaan Allah. Nabi Muhammad s. a. w. bersabda, " Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada seorang isteri yang tidak bersyukur kepada suaminya. " Hal ini biasa terjadi kepada suami yang miskin, manakala isterinya pula tergolong dalam orang-orang berada, yang suka mengungkit-ungkit mengenai hartanya, apatah lagi yang telah dinafkahkan kepada suaminya. Mungkin ia agak sukar untuk dipenuhi apatah lagi bagi isteri yang bekerja,namun percayalah, ia bukan sahaja akan menjadi perkara biasa tetapi juga ringandan lancar, jika kita menganggapnya sebagai ibadah dan juga satu jihad. Marilah kita sama-sama merenungi kisah anakanda kesayangan Nabi Muhammad s. a.w. iaitu Fatimah Az-Zahra yang melaksanakan rutin hariannya sebagai seorang suri rumahtangga secara sendirian tanpa pembantu. Fatimah pada suatu hari telah meminta suaminya, Ali pergi menemui Rasulullah s. a. w. dan meminta jasa baik baginda untuk menyerahkan seorang wanita tawanan perang sebagai pembantu rumah. Rasulullah bagaimanapun tidak dapat memperkenankan permintaan puterinya kerana semua harta rampasan perang termasuk wanita-wanita itu bukan menjadi milik baginda, tetapi milik negara Islam dan kaum Muslimin seluruhnya. Baginda tidak dapat memberikan sesuatu yang bukan menjadi miliknya. Permintaan Fatimah itu membimbangkan baginda, bukan kerana tugas berat yang sedang dipikul oleh puterinya itu tetapi disebabkan oleh bayangan keluh kesah seorang isteri yang tertekan akibat tugas-tugas yang perlu dibereskannya. Pada sebelah malamnya, baginda telah mengunjungi rumah Fatimah dan menyatakan kepadanya: " Apakah kamu berdua (Fatimah dan Ali) suka kepada satu pemberian yang akan ku berikan ini, sedangkan ia lebih baik daripada apa yang kamu minta siang hari tadi? " Fatimah amat sukacita mendengarkan tawaran tersebut sekalipun dia tidak mengetahui apa bentuknya. Rasulullah menyatakan kepada Fatimah bahawa hendaklah dia membaca Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar, masing-masing sebanyak 33 kali setiap kali sebelum tidurnya. Semenjak itu, wirid yang diajarkan oleh Rasulullah telah menjadi amalan anak dan menantunya. Hasilnya, Fatimah mendapati dia tidak lagi menjadi keluh kesah dalam menghadapi apa jua kerja-kerja sehariannya yang berat, malah merasa cukup bahagia melakukannya. Baginya, segala tugasan yang disempurnakannya sebagai seorang suri rumah merupakan satu amalan yang solehah. Dengan taufik Allah, sesungguhnya walauseberat mana sekalipun tugasan yang menanti di rumah, tidak akan memenatkan selagi steri tidak meletakkan dirinya seolah-olah sama taraf dengan suami, walau setinggi mana sekalipun darjatnya. Kepada para suami, kita sama-sama maklum, dalam zaman moden yang serba mencabar ini terutamanya di bandar-bandar besar, kita tidak dapat mengelak kos sara hidup yang tinggi sekaligus memerlukan kedua-dua suami isteri keluar bekerja. Si isteri telah melakukan pengorbanan mencari rezeki tambahan untuk menyara keluarga yang sepatutnya menjadi tanggungjawab suami. Jadi sudi apalah kiranya sang suami bersama-sama meringankan tugas si isteri seadanya. Bukankah Rasulullahs. a. w. telah berpesan supaya para suami berbuat baik kepada isteri mereka.Jikalau isteri taat kepada kalian, janganlah pula menyusahkan mereka. Nabi Muhammad s. a. w. bersabda yang ertinya: " Orang-orang yang terbaik daripada kamu sekalian adalah yang lebih baik dalam mempergauli keluarganya dan saya adalah yang terbaik dalam mempergauli keluargaku. " Bagi kaum wanita & lelaki yg sudah berumah-tangga, marilah kitasama-sama belajar saling tolong-menolong meringankan beban pasangan kita. Semoga kisah tadi membawa menfaat bagi kita semua... insya'Allah.. SIKAP ISTERI tidak menghormati SUAMI adalah GEJALA SOSIAL MUSLIM sekarang. Ia dilakukan kerana berfikir bahawa SUAMI mesti buat seperti ISTERI dalam RUMAHTANGGA. TABIAT-ISTERI suka meleteri suami dan TABIAT-SUAMI yang suka meletakkan semua tanggungjawab rumahtangga ke atas bahu isteri semata-mata; mestilah dihentikan, demi mendidik MENTAL ZURIAT kita ke suatu BUDAYA IBADAT.

DETIK RASULULLAH SAW MENJELANG SAKRATUL MAUT

Bismillahirrahmanirrahim....
>
> Ada sebuah kisah tentang totalitas cinta yang
> dicontohkan Allah lewat kehidupan Rasul-Nya.
>
> Pagi itu, meskipun langit telah mulai
> menguning,burung-burung gurun enggan mengepakkan
> sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbata
> memberikan petuah, "Wahai umatku, kita semua ada
> dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka
> taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua hal
> pada kalian, sunnah dan Al Qur'an. Barang siapa
> mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak
> orang-orang yang mencintaiku, akan bersama-sama
> masuk yurga bersama aku."
>
> Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata
> Rasulullah yang teduh menatap sahabatnya satu
> persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan
> berkaca-kaca, Ummar dadanya naik turun menahan napas
> dan tangis nya. Uthman menghela napas panjang dan
> Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam.
>
> Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.
> "Rasulullah akan meninggalkan kita semua," desah
> hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu,
> hampir usai menunaikan tugasnya di dunia.
> Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal
> dengan sigap menangkap Rasulullah yang limbung saat
> turun dari mimbar. Saat itu, seluruh sahabat yang
> hadir di sana pasti akan menahan detik-detik
> berlalu, kalau bisa.
>
> Matahari kian tinggi, tapi pintu Rasulullah masih
> tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang
> terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat
> dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas
> tidurnya.
>
> Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang
> berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?"
> tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,
> "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang
> membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia
> kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka
> mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai
> anakku?" "Tak tahulah aku ayah, sepertinya ia baru
> sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut.
> Lalu, Rasulullah menatap putrinya itu dengan
> pandangan yang menggetarkan. Satu-satu bagian
> wajahnya seolah hendak di kenang. "Ketahuilah,
> dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara,
> dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. ialah
> malaikat maut," kata Rasulullah,
>
> Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat
> maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan
> kenapa Jibril tak ikut menyertai. Kemudian
> dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap
> diatas langit dunia menyambut roh kekasih Allah dan
> penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku
> nanti dihadapan Allah?" ,Tanya Rasululllah dengan
> suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah
> terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. Semua
> syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,"kata
> jibril. Tapi itu ternyata tak membuat Rasulullah
> lega, matanya masih penuh kecemasan.
>
> "Engkau tidak senang mendengar kabar ini?"Tanya
> Jibril lagi."Kabarkan kepadaku bagaimana nasib
> umatku kelak?". "Jangan khuawatir, wahai Rasul
> Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman
> kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja,
> kecuali umat Muhammad telah berada didalamnya,"
> kataJibril.
>
> Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan
> tugas. Perlahan roh Rasulullah ditarik nampak
> seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat
> lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul
> maut ini." Lirih Rasulullah mengaduh. Fatimah
> terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin
> dalam dan Jibril membuang muka "Jijikkah kau
> melihatku, hinggakaupalingkan wajahmu Jibril?" Tanya
> Rasulullah pada Malaikat penghantar wahyu itu.
> "Siapakah yang tega, melihat kekasih Allah direnggut
> ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar
> Rasulullah memekik, kerana sakit yang tak
> tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat niat maut ini,
> timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan
> pada umatku. " Badan Rasulullah mulai dingin, kaki
> dan dadanya sudah tak bergerak lagi. Bibirnya
> bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali
> segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis
> shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah solat
> dan santuni orang-orang lemah di antaramu"
>
> Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan,
> sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan
> diwajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya
> ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii,
> ummatii, ummatiii?" - "Umatku,umatku, umatku" Dan,
> pupuslah kembang hidup manusia mulia itu. Kini,
> mampukah kita mencinta sepertinya? Allahumma sholli
> 'ala Muhammad wa baarik wasalim 'alaihi.
>
> Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Kirimkan
> kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul
> kesadaran untuk mencintai Allah dan RasulNya,
> seperti Allah dan Rasulnya mencinta kita. Kerana
> sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana> belaka.

Cerita biskut

Seorang wanita di lapangan terbang sedang menunggu waktu
penerbangannya. Sambil menunggu dia makan biskut yang
dibelinya sebelum itu dan membaca buku cerita. Sedang dia makan dia
terperasan yang lelaki disebelahnya turut mengambil biskut
dari bungkusan yang sama yang terletak disebelahnya. Setiap keping
biskut yang dia ambil lelaki itu turut mengambil sama. Didalam
hati wanita itu menyumpah-nyumpah lelaki itu."Alangkah tak
malunya lelaki ni..... sudah la tak mintak izin dari aku....
makan sama banyak dengan aku pulak tu...Pencuri!!!!" rungut
wanita itu dalam hati. Dalam pada itu lelaki itu dengan muka yang tenang
terus dengan perbuatannya. Hinggalah sampai ke biskut yang terakhir
terdapat dalam bungkusan itu. Wanita itu menung! gu reaksi dari lelaki
itu. Sambil tersenyum lelaki itu mengambil biskut yang terakhir itu
lalu dipatah dua lantas memberikan separuh darinya kepada wanita
itu. Wanita itu menjadi begitu marah namun dia tetap menahan
dirinya dari memarahi lelaki itu. Sambil merampas dengan kasar
biskut yang separuh itu dan menunjukkan mukanya yang masam
mencuka wanita itu berkata dalam hatinya "Berani sungguh
lelaki ni. Memang muka tak malu. Pencuri besar......"
Kedua-dua wanita dan lelaki itu terus duduk sehingga panggilan
untuk menaiki pesawat untuk wanita itu sampai. Sambil menarik
nafas lega seolah baru lepas dari satu kejadian ngeri wanita
itu bergerak menaiki pesawatnya. Apabila dia sampai ditempat
duduknya beliau membuka beg kecilnya untuk mengambil barang.
Alangkah terkejutnya dia bila melihat satu bungkusan biskut
berada di dalam begnya masih elok belum terbuka. Jika biskut
ni ada dalam beg aku jadi bermakna biskut yang aku makan tadi...
Ya..... biskut yang dimakannya tadi adalah kepunyaan lelaki
itu. Alangkah malunya dia atas segala tindakannya terhadap lelaki
itu. Lelaki itu telah sanggup berkongsi biskut dengannya
sehingga biskut yang terakhir biar pun dari awal lagi wanita
itu telah menunjukkan reaksi marahnya. Untuk meminta maaf sudah
terlambat namun hatinya penuh kekesalan kerana bersifat
kedekut dan tidak mahu berkongsi dengan orang lain. Kini dia menyedari
bahawa dialah pencuri biskut yang sebenarnya.

MORAL CERITA

Moral 1: Oleh itu...jangan makan biskut masa tunggu
bas/keretapi/kapalterbang...makan benda lain.

Moral 2: Lelaki lebih cool semasa makan biskut berbanding
perempuan.

Moral 3: Lelaki lebih suka berkongsi makanan berbanding
perempuan yang suka makan sorang-sorang.

Pesanan HAMAS kepada muslim Malaysia/LAGI..

Pesanan Dr Khalil al-Haya mewakili HAMAS di Palestin untuk umat Islam di Malaysia. Beliau telah berada di Malaysia pada tahun lalu untuk siri kempen "Bersama Menyokong Rakyat Palestin dan kerajaan HAMAS". Pesanan diterjemahkan oleh Maszlee Malik di atas permintaan Dr Khalil. Alhamdulillah, Allah telah memilih kami yang berada di Palestin untuk berjihad. Kami telah dipilih untuk menjadi barisan hadapan kepada umat Islam. Kami telah dipilih oleh Allah SWT untuk mengorbankan jiwa, nyawa, harta,
anak-anak kami untuk menentang musuh Allah dan mempertahankan Masjid
al- Aqsa. Kami juga telah dipilih oleh Allah SWT untuk mewakili umat Islam di seluruh dunia untuk menjadi benteng pertahanan kepada al-Aqsa, kiblat pertama umat Islam dan juga masjid ketiga suci mereka. Kami juga telah dipilih oleh Allah untuk menjadikan mati syahid sebagai impian utama kehidupan kami berbanding kehidupan dunia. Selama lebih daripada 60 tahun, kami hidup di medan pertempuran. Selama waktu itu jugalah kami dijajah, dizalimi, diseksa, dibunuh dan juga diperangi. Mengapa?, hanya kerana kami mengucapkan La Ilaha Ila Allah, dan kerana kami mempertahankan bumi serta masjid kami. Pelbagai bentuk kesengsaraan telah rakyat Palestin lalui. Pengusiran dari rumah, kampung halaman, dan juga tanah watan. Dibunuh, diseksa, ditembak, dibom, dibantai, disembelih dan apa-apa lagi perbuatan tidak bertamadun yang boleh diungkapkan, telah kami lalui. Generasi berganti generasi, umat Islam di Palestin tetap sabar dan komited untuk terus kekal dan mempertahankan tanah air mereka. Ianya adalah jihad, ianya adalah kemuliaan, ianya adalah bukti yang ingin kami bawa sebagai mahar ke syurga nanti. Semoga Allah menerima pengorbanan kami ini. Pelbagai bentuk kesengsaraan telah rakyat Palestin lalui. Ketika di waktu awal penjajahan, kami, saudara anda dari gerakan Islam telah menjadi barisan utama perjuangan. Selepas beberapa waktu, gerakan Islam telah dibantai penjajah. Pembantaian itu walau bagaimanapun tidak cukup untuk melemahkan kami. Sehinggalah di zaman Jamal Abdul Naser, sepertimana saudara-saudara kita di Mesir dibantai, kami juga turut menerima kesannya. Semenjak tarikh tersebut,gerakan Islam terpaksa kembali ke bawah tanah. Kmai telah menumpukan usaha untuk pembinaan semula struktur perjuangan. Usaha pendidikan, dakwah, tarbiyyah dan kebajikan telah menjadi agenda utama kami. Kami laluinya dengan penuh kesabaran dan ketabahan. Sehinggalah di pertengahan 80'an. Apabila arus sekular telah mula jemu dengan perjuangan. Ketika arus sekular yang asalnya memandu perjuangan rakyat Palestin telah mula lesu. Kami mula memunculkan diri sebagai peneraju perjuangan rakyat Palestin. Perjuangan kami berbeza dengan perjuangan sebelum ini. Perjuangan kami adalah berteraskan Islam dan kami membawa mesej ummah. Perjuangan kami bukan hanya sekadar ingin memerdekakan sekeping tanah, tetapi untuk memandu kebangkitan umat Islam semula dan meninggikan syiar Islam di muka bumi ini. HAMAS, semenjak hari pertama penubuhannya telah menjadikan jihad sebagai jalan utama untuk memerdekakan bumi Palestin. HAMAS juga telah menjadikan Islam sebagai landasan perjuangannya. HAMAS juga telah memberikan nyawa ahli-ahli mereka untuk tujuan tersebut. HAMAS juga telah berjanji dengan rakyat Palestin dan juga kepada umat Islam untuk terus komited dengan perjuangan mereka. HAMAS juga berjanji untuk memerdekakan masjid
al- Aqsa walaupun terpaksa berjuang dengan kuku dan gigi sahaja. Itulah janji kami. Selepas hampir 20 tahun berjuang, Allah memberikan hasilnya kepada perjuangan HAMAS. Kami diberi kepercayaan oleh rakyat untuk memerintah mereka. Kemenangan ini, walaupun indah, namun ianya merupakan ujian yang getir bagi kami. Kemenangan tersebut merupakan era baru perjuangan HAMAS. Kami terpaksa menambahkan satu lagi ruang di dalam perjuangan kami, iaitu ruangan politik pemerintahan. Semakin bertambahnya beban, semakin tingginya perngorbanan. HAMAS juga berjanji untuk memerdekakan masjid al-Aqsa walaupun terpaksa berjuang dengan kuku dan gigi sahaja. Buat umat Islam di Malaysia, andalah saudara kami yang paling hampir di
Malaysia. Hati- hati kita telah diikat dengan fikrah dan aqidah yang sama. Kita telah dihimpunkan di dalam ikatan kerohanian yang jitu. Kita telah ditakdirkan untuk bersama di dalam perjuangan dengan manhaj yang sama. Kami adalah wakil anda di Palestin. Kemenangan kami adalah kemenangan anda. Pemerintahan kami adalah pemerintahan anda. Kerajaan HAMAS adalah kerajaan umat Islam dan hadiah buat perjuangan pecinta Islam di seluruh dunia. Tidakkah anda sedar perkara ini?, jika anda tidak sedarkan perkara ini siapakah lagi yang akan menyedarinya??? Umat Islam di Malaysia sekelian, menjadi pemerintah bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi memerintah di dalam fasa penjajahan dan peperangan. Apatah lagi jika pemerintahn itu hanyalah memerintah sebuah negara yang tidak berdaulat dan dinafikan kedaulatannya. Apatah lagi apabila memerintah sebuah negara yang menjadi sasaran keganasan penjajah Zionis yang didokongi oleh kuasa besar dunia yang zalim. Apatah lagi pemerintahan tersebut adalah mewarisi pemerintahan sebelumnya yang meninggalkan beban hutang sebanyak USD 3 billion di dalam akaun kerajaan. Inilah realiti kerajaan yang kami terajui. Inilah juga realiti kerajaan yang diterajui oleh HAMAS di Palestin. Inilah realiti kerajaan yang mewakili anda semua di seluruh dunia. Sehingga kini, para pegawai kerajaan, termasuk para menteri, tidak menerima gaji semenjak 3 bulan yang lalu. Tahap pengangguran telah mencaai 31% di gaza
dan Tebing Barat. Bekalan makanan dan petrol semakin berkurangan.
Ubat-ubatan di hospital semakin kehabisan. Baru-baru ini, tiga orang bayi telah meninggal di hospital di Gaza kerana ketiadaan ubat-ubatan yang mencukupi. Pelajar-pelajar tidak akan dapat menduduki peperiksaan kerana kehabisan kertas di sekolah-sekolah di Gaza dan Tebing Barat. Hatta, persidangan parlimen (Majlis Legaslatif) kami di Gaza hampir-hampir dibatalkan kerana kekurangan kertas. Mengapa ini semua?, ianya adalah kerana keberkesanan tekanan yang dikenakan ke atas rakyat Palestin oleh rejim Zionis, AS dan juga EU. Tekanan yang dikenakan hanya semata-mata rakyat Palestin telah memilih calon yang mereka inginkan di dalam pilihanraya yang lalu. Tekanan yang dikenakan kerana kami enggan menurut ugutan mereka supaya mengiktiraf penjajahan Zionis. Tekanan juga dikenakan kerana kami ingin mempertahankan diri kami daripada dibunuh oleh pihak penjajah. Sampai bilakah tekanan ini akan berakhir? Wang hasil kutipan cukai kami yang berjumlah USD 55 juta sebulan tidak pernah dipulangkan kepada rakyat Palestin.Rejim Zionis telah mengambilnya dari kami dan tidak pernah dipaksa untuk memulangkannya kepada kami. Mengapa tiada kuasa yang memaksa rejim Zionis untuk memulangkannya. Mereka juga telah menutup laluan udara, darat dan laut kepada tanah Palestin. Ekonomi kami berada di tangan rejim Zionis kerana perjanjian gila dan bodoh yang telah dipersetujui oleh kerajaan sebelum ini. Walau bagaimanapun, kami tidak mengharapkan itu semua.

Kami yakin, saudara-saudara seislam kami masih dapat membantu kami. Kami yakin saudara seaqidah kami akan dapat
menampung keperluan rakyat Palestin dan mencukupinya. Kami yakin juga,
saudara seaqidah kami diseluruh dunia akan dapat membuatkan kami terus
hidup dan tidak bergantung kepada bantuan-bantuan daripada negara-negara bukan Islam, apatah lagi dari rejim Zionis. Persoalannya, di manakah
saudara-saudara kami? Di manakah mereka di kala kami memerlukan mereka? Wahai umat Islam di Malaysia. Kami mengharapkan agar anda mengepalai kempen untuk menyelamatkan kerajaan HAMAS di bumi Malaysia ini. Wahai umat Islam di Malaysia. Kami mengharapkan agar anda mengepalai kempen untuk menyelamatkan kerajaan HAMAS di bumi Malaysia ini. Kami hanya mempunyai dua pilihan. Pertamanya, tunduk kepada tekanan AS dan EU lantas mengiktiraf Israel demi menghilangkan kesengsaraan rakyat. Pilihan yang kedua adalah teruskan berjuang dan
tidak sekali-kali tunduk kepada tekanan. Kami telah memilih pilihan yang kedua. Kami akan terus berjuang ke titisan darah terakhir kami. Kami tidak akan sekali-kali mengiktiraf penjajah. Kami tidak akan sekali-kali tunduk kepada tekanan. Malangnya rakyat hanya boleh bertahan selama enam bulan. Tiap-tiap hari, rakyat mengadakan perarakan menyokong kerajaan dan menggesa agar kerajaan HAMAS tidak tunduk kepada tekanan. Kami yakin, rakyat akan terus menyokong, tetapi sampai bila?, perut mereka akan kosong. Kami tidak akan membiarkan rakyat kami kelaparan dan sakit tanpa rawatan. Kami perlukan bantuan anda untuk melakukannya. Mahukah anda melihat kerajaan HAMAS di Palestin membiarkan rakyatnya kelaparan? Umat Islam di Malaysia sekelian, Kami akan terus berjuang. Kami akan terus tetap dalam perjuangan sehinggalah setiap daripada kami akan gugur syahid. Kami akan terus memastikan prinsip Islam akan terus dijulang. Namun kami
memerlukan sokongan dan bantuan anda. Jikalau kami gugur syahid, dan anda sekelian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja, nantikan hari pembalasan. Kami akan tuntut dari Allah di atas kelembapan anda semua. Kami tidak akan redha terhadap kelesuan dan kebisuan anda semua. Kami tidak akan memaafkannya. Kami mengharapkan agar anda menyumbang USD 1 (RM 3.60) setahun sahaja untuk menanggung kesengsaraan rakyat Palestin. Umat Islam di Malaysia,
Kami mengharapkan agar anda bersikap pro-aktif. Kami mengharapkan agar anda menyumbang USD 1 (RM 3.60) setahun sahaja untuk menanggung kesengsaraan rakyat Palestin. Kami juga mengharapkan agar anda melobi kerajaan anda yang menjadi pengerusi OIC untuk melakukan sesuatu. Kami juga berharap dari anda untuk melakukan kempen kesedaran, dan libatkan masyarakat Malaysia, termasuk pertubuhan-pertubuhan bukan Islam untuk turut membantu rakyat Palestin. Kami juga inign melihat anda menjadi juara di peringkat antarabangsa di dalam kempen kesedaran ini. Banjiri media anda dengan isu Palestin dan al-Aqsa. Halakan mereka untuk menyokong perjuangan rakyat Palestin. Kepalailah usaha serantau untuk tujuan tersebut, andalah harapan kami. Dan akhir sekali, kami mengharapkan agar anda tidak melupakan kami di dalam
doa-doa anda sekelian. Berdoalah agar kami thabat di dalam perjuangan. Berdoalah agar kami tetap di dalam perjuangan kami. Berdoalah agar kami dikurniakan mati syahid. Berdoalah juga, agar kita dapat bersama-sama bersolat di dalam Masjid al-Aqsa satu hari nanti, di mana pada waktu itu, bendera Islam akan berkibar dan syariat Allah akan berdaulat sekali lagi di atas muka bumi ini... Allah Akbar!!!
Saudaramu,
Khalil Ismail al-Haya Ketua Whip HAMAS di Majlis Legaslatif Palestin Umat Islam Sekitar Palestin Dibebani Hukum Jihad Secara Fardhu Ain Sejak kerajaan Yahudi ditubuhkan pada 1948 dan penaklukan Israel secara haram ke atas bumi dan wilayah Umat Islam di Palestin maka hukum jihad telah jatuh ke atas setiap bahu umat Islam Palestin dan yang berada di sekitar mereka seperti Mesir, Syiria dan Jordan serta Lubnan. Pada tahun 1947, PBB memutuskan untuk membahagi daerah Palestin. Keputusan ini ditentang keras oleh negara-negara Timur Tengah dan banyak negara Muslim. Menurut PBB, kaum Yahudi mendapat 55% dari seluruh wilayah tanah meskipun hanya merupakan 30% dari seluruh penduduk di daerah ini. Manakala Baitulmuqaddis, bandar suci Yahudi, Muslim dan Kristian, akan dijadikan bandar antarabangsa. Israel yang ditubuhkan pada tanggal 14 Mei 1948 diserang oleh pakatan tentera Lubnan, Syria, Jordan, Mesir, Iraq dan negara Arab yang lain. Dalam peperangan ini, Israel berjaya mengalahkan tentera bersekutu Arab dan malah merampas lebih kurang 70% dari keluasan wilayah Palestin. Umat Islam di Mesir, Jordan serta Syiria termasuk Lebenon (Lubnan) dibebani dengan hukum Jihad Individu (Fardhu Ain) bagi membebaskan Palestin daripada ancaman dan serangan Israel sejak sekian lama lagi malangnya disebabkan oleh perlembagaan Sekular yang didokongi oleh kerajaan terbabit telah menghalang mereka daripada mencampuri urusan Palestin disebabkan tidak mahu terlibat dengan sebarang sentimen agama sebaliknya hanya akan bertindak di atas semangat kebangsaan Arab atau kerana hak asasi manusia dan hanya mahu bertindak dengan menurut saluran yang disediakan barat iaitu melalui PBB atau sekadar memenuhi tanggungjawab yang termaktub di dalam ruang lingkup perjanjian kerajaan masing-masing. Oleh yang demikian, umat Islam di Negara terbabit perlu melaksanakan kewajipan jihad mereka terhadap membebaskan Palestin dan sekiranya usaha ini tidak dapat dilaksanakan kerana mendapat sekatan daripada Pihak Pemerintah di Negara mereka maka menjadi kewajipan Fardhu Ain (Kewajipan individu) pula kepada setiap rakyat Negara terbabit yang muslim untuk mencarik dan mengoyakkan perlembagaan sekular mereka yang telah menghalang mereka daripada melaksanakan tuntutan jihad wajib bagi membebaskan Palestin daripada serangan Israel. Hal ini di dasari kaedah di dalam Hukum Syarak iaitu : “Ma la Yatimmu wajib ila bihi Fahuwa Wajib.” (Apa yang diperlukan bagi menyempurnakan perkara yang wajib maka perkara itu juga menjadi wajib) – Lihat di dalam kitab Qawaid Fiqhiyah oleh Syeikh Dr Abd Karim Zaidan m/s 109.

Tuesday, January 6, 2009

Untuk Renungan bersama

A cheerful heart is a good medicine...
if u want to be happy, laugh more..

laughter promotes good health, both in body and spirit. it not only brightens your mood but also eases tension.

a good dose of laughter has been shown to improve blood circulation, stimulate digestion, lower blood pressure and prompt the brain to release pain-reducing endorphins..

laughter is also an expression of faith in God..it is the best response you can make to your own human frailties as you strive to live a happy life..

do something for your health today..laugh!!