Thursday, January 22, 2009

Cerita biskut

Seorang wanita di lapangan terbang sedang menunggu waktu
penerbangannya. Sambil menunggu dia makan biskut yang
dibelinya sebelum itu dan membaca buku cerita. Sedang dia makan dia
terperasan yang lelaki disebelahnya turut mengambil biskut
dari bungkusan yang sama yang terletak disebelahnya. Setiap keping
biskut yang dia ambil lelaki itu turut mengambil sama. Didalam
hati wanita itu menyumpah-nyumpah lelaki itu."Alangkah tak
malunya lelaki ni..... sudah la tak mintak izin dari aku....
makan sama banyak dengan aku pulak tu...Pencuri!!!!" rungut
wanita itu dalam hati. Dalam pada itu lelaki itu dengan muka yang tenang
terus dengan perbuatannya. Hinggalah sampai ke biskut yang terakhir
terdapat dalam bungkusan itu. Wanita itu menung! gu reaksi dari lelaki
itu. Sambil tersenyum lelaki itu mengambil biskut yang terakhir itu
lalu dipatah dua lantas memberikan separuh darinya kepada wanita
itu. Wanita itu menjadi begitu marah namun dia tetap menahan
dirinya dari memarahi lelaki itu. Sambil merampas dengan kasar
biskut yang separuh itu dan menunjukkan mukanya yang masam
mencuka wanita itu berkata dalam hatinya "Berani sungguh
lelaki ni. Memang muka tak malu. Pencuri besar......"
Kedua-dua wanita dan lelaki itu terus duduk sehingga panggilan
untuk menaiki pesawat untuk wanita itu sampai. Sambil menarik
nafas lega seolah baru lepas dari satu kejadian ngeri wanita
itu bergerak menaiki pesawatnya. Apabila dia sampai ditempat
duduknya beliau membuka beg kecilnya untuk mengambil barang.
Alangkah terkejutnya dia bila melihat satu bungkusan biskut
berada di dalam begnya masih elok belum terbuka. Jika biskut
ni ada dalam beg aku jadi bermakna biskut yang aku makan tadi...
Ya..... biskut yang dimakannya tadi adalah kepunyaan lelaki
itu. Alangkah malunya dia atas segala tindakannya terhadap lelaki
itu. Lelaki itu telah sanggup berkongsi biskut dengannya
sehingga biskut yang terakhir biar pun dari awal lagi wanita
itu telah menunjukkan reaksi marahnya. Untuk meminta maaf sudah
terlambat namun hatinya penuh kekesalan kerana bersifat
kedekut dan tidak mahu berkongsi dengan orang lain. Kini dia menyedari
bahawa dialah pencuri biskut yang sebenarnya.

MORAL CERITA

Moral 1: Oleh itu...jangan makan biskut masa tunggu
bas/keretapi/kapalterbang...makan benda lain.

Moral 2: Lelaki lebih cool semasa makan biskut berbanding
perempuan.

Moral 3: Lelaki lebih suka berkongsi makanan berbanding
perempuan yang suka makan sorang-sorang.

No comments: